Perjalanan kami.
Redzuan & Suria
Diceritakan pada 4/11/2022
Selepas lebih setahunππππ
Akhirnya! 11 Okt 2021 (Monday) dah boleh rentas negeri

Sekejap di Tasik Pedu
26/10/2022 Sabtu
Maps membawa kami ke sini. Rupanya di sini terletaknya Mutiara Pedu Lake
& Golf Resort yang telah pun ditutup. Nampak orang lain masuk menerusi
pintu pagar yang terbuka kecil, dan kami pun masuk. Itu pun setelah diberikan
keizinan oleh pihak keselamatan. Rasanya ada ramai juga orang ramai dan pemancing di sini.
Subhanallah dengan cuaca yang akan agak panas kami melayani pemandangan indah yang dihasilkan daripada Tasik Pedu ini.
Sumber:-
https://www.bharian.com.my/
• Tasik Pedu tasik buatan manusia yang terbesar di Kedah 52 kilometer
persegi dan sedalam 60 meter
• Dibina pada tahun 1966 dan siap sepenuhnya pada tahun 1969
• Dirasmikan Perdana Menteri Malaysia, Tunku Abdul Rahman Putra
Al-Haj.
Rekabentuk dan membina empangan oleh firma perunding dari England,
William Halcrow dari England
• Perancangan sejak Rancangan Malaysia Pertama (1966-1970)
• Kos pembinaan RM200 juta
• Terletak 80km dari Alor Setar serta 50km dari Kuala Nerang
• 5km dari sempadan Malaysia-Thailand
• Dibina untuk pesawah padi di Kedah dan Perlis bagi penanaman padi dua
kali setahun
• Diurus Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA)





