Sunday, November 6, 2022

Tasik Pedu ... Sekejap jer

 

Perjalanan kami. 

Redzuan & Suria

Diceritakan pada 4/11/2022

Selepas lebih setahun😁😁😁😁

Akhirnya! 11 Okt 2021 (Monday) dah boleh rentas negeri




Rentas negeri akhirnya dibenarkan berkuat kuasa pada 11 Oktober 2021 selepas hampir dua tahun kerajaan melarang aktiviti tersebut susulan penularan pandemik COVID-19.

Berita gembira itu diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam Sidang Media Khas di Bangunan Perdana Putra, termasuk kebenaran untuk pulang ke kampung halaman.

Menurut Perdana Menteri, kebenaran itu diberikan selepas kadar vaksinasi individu dewasa yang lengkap menerima vaksin telah mencapai 90 peratus pada Ahad.

Sekejap di Tasik Pedu

26/10/2022     Sabtu








Maps membawa kami ke sini. Rupanya di sini terletaknya Mutiara Pedu Lake & Golf Resort yang telah pun ditutup. Nampak orang lain masuk menerusi pintu pagar yang terbuka kecil, dan kami pun masuk. Itu pun setelah diberikan keizinan oleh pihak keselamatan. Rasanya ada ramai juga orang ramai dan  pemancing di sini.




Subhanallah dengan cuaca yang akan agak panas kami melayani pemandangan indah yang dihasilkan daripada Tasik Pedu ini.



Sumber:-

https://www.bharian.com.my/

• Tasik Pedu tasik buatan manusia yang terbesar di Kedah 52 kilometer persegi dan sedalam 60 meter

• Dibina pada tahun 1966 dan siap sepenuhnya pada tahun 1969

• Dirasmikan Perdana Menteri Malaysia, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj.

 Rekabentuk dan membina empangan oleh firma perunding dari England, William Halcrow dari England

• Perancangan sejak Rancangan Malaysia Pertama (1966-1970)

• Kos pembinaan RM200 juta

• Terletak 80km dari Alor Setar serta 50km dari Kuala Nerang

• 5km dari sempadan Malaysia-Thailand

• Dibina untuk pesawah padi di Kedah dan Perlis bagi penanaman padi dua kali setahun

• Diurus Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA)